Isu vandalisme juga merupakan salah satu isu gejala sosial yang sering dilakukan oleh para remaja yang tidak mempunyai sifat kesantunan. Mereka ini bersikap mementingkan diri sendiri sahaja kerana mereka merosakkan kemudahan awam tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang awam. Mereka ini juga tidak menyayangi dan menghargai harta benda awam. Memandangkan gejala sosial ini semakin berleluasa di negara kita, kita haruslah berusaha membendung masalah ini. Dalam hal ini, kita perlulah mengkaji apakah yang menyebabkan remaja melakukan perbuatan yang tidak kesantunan ini serta cara untuk mengatasinya.
Mengapa berlakunya vandalisme??
Motif utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan emosi. Vandalisme biasanya
dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk
menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka dianggap ringan,
tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi
nafsu mereka yang hina ini.
Faktor-faktor berlakunya vandalisme
Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
gejala vandalisme ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:-
i) Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya
vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terikut dan senang terpengaruh
dengan rakan mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat selepas
ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
ii) Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan pendorong kepada sifat
vandalisme di kalangan remaja. Mengapa? Sebagai contoh, ketika bersiar-siar
atau berjalan bersama keluarga, didapati, ada sesetengah ibu bapa membuang
sampah atau sisa makanan di merata-rata di depan anak-anak mereka, maka
berkemungkinan besar anak mereka juga akan berkelakuan seperti itu. Selain itu,
sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada
keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.
Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang
inginkan kebebasan dan berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain
itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga
antara faktor utama mendorong remaja terjebak di dalam gejala negatif ini.
iii) Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan
akan meninggalkan kesan yang sangat kuat dewasa ini. Paparan adegan-adegan
negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur
perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.
Golongan remaja lazimnya mudah untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di
sekeliling termasuklah media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
yang sewajarnya.
iv) Sikap tidak peduli,
Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja merupakan produk sistem sesebuah masyarakat.
Sikap sesetengah masyarakat kini yang hanya mementingkan soal kebendaan dan
tidak mengambil berat terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah
yang sedia ada. Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di
bandar-bandar. Golongan remaja amat gemar menconteng dan merosakkan harta benda
awam yang ada. Mereka bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan
di bandar agak sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya
tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu,
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif ini
tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Jenis-jenis vandalisme
Pelbagai jenis vandalisme yang
dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis vandalisme yang paling umum
adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan perkataan lain yang boleh mengubah
maksud asal perkataan tersebut dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada
masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sana-sini. Kita dapat melihat papan
tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi mangsa kerana tulisan asal telah
ditukar atau dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai akal yang
waras ini.
Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi keluli dan tembaga pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Ada diantara mereka sanggup melakukan jenayah ini semata-mata untuk memenuhi dan mancapai cita-cita dengan menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa kelakuan mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam kegiatan vandalisme. Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengankutan awam yang selamat.
Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia berkembang pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam kerana setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar atau tidak, nescaya akan ada orang yang berminat dan sanggup mendapatkannya dengan cara yang tidak halal.
Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran yang menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan dalam industri ini selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh pihak berkuasa.
Hukuman kepada pesalah
vandalisme!!
Kepada mereka yang terlibat
dengan gejala vandalism ini, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan sebagai
satu cara pencegahan yang paling baik. Pelbagai hukuman yang boleh dikenakan
kepada mereka yang melakukan vandalisme ini. Ada cadangan daripada pihak masyarakat
mencadangkan dimana mereka mahu supaya para pesalah didenda dengan melakukan
kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan awam seperti membersihkan tandas dan
sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar
menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Mereka juga perlu dikenakan
tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada setimpal dengan apa
yang mereka lakukan.
Hukuman yang setimpal dengan
perbuatan itu juga perlu diambilkira kerana kebanyakan perkataan yang digunakan
mempunyai unsur lucah dan memalukan kaum wanita. Setiap kali terbaca perkataan
lucah di dinding jambatan, bangunan dan tempat awam hati seorang wanita akan
merasa kecewa dengan sikap segelintir mereka yang tidak matang ini. Mereka
sanggup mengeluarkan perkataan sebegitu tanpa rasa segan silu. Perkara ini amat
memalukan dan terfikir mengapa perkara seperti ini harus berlaku? Dan apa
sebenarnya yang telah berlaku kepada mereka? Hal ini dapat menimbulkan perasaan
bimbang dan takut kepada masyarakat sekeliling kerana takut ia akan menular
kepada kanak-kanak dewasa ini.
Selain itu, kita juga boleh mengambil contoh dari
negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme.
Justeru itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan program
tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi seperti
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL).
Langkah-langkah mengatasi vandalisme
Langkah-langkah mengatasi vandalisme
i) Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi
tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda
awam. Ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya
menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak
langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan perkara ini maka sudah tentu
masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan
mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di
hati remaja. Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang
sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
ii) Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu
dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9
Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta
benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak melebihi
setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan
pesalah-pesalah vandalism perlu menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan
mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini
dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah). Tindakan tegas perlu
dikenakan kepada pesalah vandalisme agar menjadi tauladan kepada rakan-rakan
atau individu lain.
iii) Peranan Media Massa
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber
maklumat terkini, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu
memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang kuat dari
segi menanam kesedaran untuk memperoleh kerjasama dan menyampaikan maklumat
mengenai vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang
terdapat di dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak
kerajaan dengan mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati mesej
yang disampaikan dalam kempen tersebut. Contoh kempen yang boleh dianjurkan
seperti “Cintailah Harta Awam”.
iv) Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin
dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang
salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di
kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting
dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah
perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya kepada pelajar mengenai
kepentingan harta benda awam. Mereka perlu diterangkan dengan lebih mendalam
tentang tanggungjawab terhadap harta benda awam kerana sedikit sebanyak ia akan
memberi gambaran kepada mereka betapa pentingnya sikap dan tanggungjawab
terhadap harta benda awam.
Kesimpulan
Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca
daripada kewujudan mereka yang suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga
menjadikan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon
awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai
tetapi secara tidak langsung menggambarkan masyarakat yang tidak mempunyai
kesedaran sivik.
Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau ia merupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai sebarang perbuatan vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan, rogol dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi perbuatan vandalisme ini.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.
Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan satu kempen yang diberi tajuk “ Harta Benda Awam Milikku-Milikmu’’. Pertandingan seperti ini amat penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan sifat lebih bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat menyemaikan perasaan sayang dan cinta terhadap harta benda awam.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak mereka dengan contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak.
No comments:
Post a Comment