Kesantunan Lisan
(Nota + Nota Tambahan)
(Nota + Nota Tambahan)
- Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya.
- Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
- Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
- Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
- Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
- Ini bermakna ia dinilai dengan dilihat serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
- Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
- Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
- Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
- Suara dan intonasi yang sopan.
- Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
- Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
- Penggunaan sistem panggilan yang betul.
- Gaya bahasa yang sesuai.
- Isi perbincangan yang tidak sensitif.
- Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- Gaya percakapan yang sopan
- Pandangan mata yang sesuai
- Gerak laku yang bertatasusila
- Mimik muka yang positif
- Hanyunan tangan yang sesuai
- Imej diri
- Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk :
- Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
- Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
- Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
- Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
- Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik' dan 'saudara'.
- Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu.
- Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
- Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat.
- Semasa seseorang individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antaranya dengan orang yang dilawan bercakap serta statusnya.
- Dalam komunikasi seharian, seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain.
- Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.
- Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi.
- Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri.
- Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya.
- Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.
- Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai.
- Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar.
- Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan.
- Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut.
- Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati.
- Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.
- Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
- Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
- Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
- Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
- Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
- Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri seseorang.
- Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak).
- Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat.
- Kata Ganti Nama Diri
- Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan Bahasa Kasar
Kesantunan Penulisan
- Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
- Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
- Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
- Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :
- Surat kiriman rasmi
- Laporan
- Kertas kerja
- Ucapan rasmi
- Pidato
- Minit mesyuarat
- Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain-lain.
- Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
- Penggunaan kata panggilan yang betul
- Kata sapaan yang betul
- Gaya bahasa yang tepat
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
- Isi yang tidak sensitif
Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo
"Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ..."
"Yang Berbahagia Dato’ diundang ...
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji ........."
"Saya bersetuju untuk meluluskan ..." lebih sopan lagi dengan frasa "Saya tiada halangan meluluskan ..."
“Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini disertakan ...”
tahniah, amat membantu
ReplyDelete