Monday, August 5, 2013

Tutorial 3: Aspek-aspek Kesantunan Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia Yang Majmuk Mengikut Pandangan J.Ferguson Dan Das Gupta.

Tutorial 3:
Berdasarkan pandangan dan takrifan kesantunan yang diberikan oleh tokoh-tokoh di bawah, buat perbincangan aspek-aspek kesantunan yang terkandung dalam pandangan tersebut untuk dikaitkan dengan kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk. Berikan contoh-contoh yang sesuai dengan merujuk kepada kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. spek perbincangan boleh berpandukan kepada 5W1H.

Kumpulan 3: J. Ferguson dan Das Gupta menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

________________________________________________________

Takrifan Kesantunan Oleh J.Ferguson dan Das Gupta:
  • J. Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.


Kontrak Perbualan Yang Digunakan Oleh Penutur Dan Pendengar:
  • Mampu mewujudkan persetujuan bersama dalam kalangan masyarakat.
  • Mampu mewujudkan etika dan peraturan dalam kalangan masyarakat.
  • Biasanya mengamalkan budaya yang sama dalam kalangan masyarakat.
  • Tujuan kontrak perbualan adalah ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.


Contoh Kontrak Perbualan Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia:
  • Masyarakat Malaysia mempunyai kontrak perbualan antara penutur dan pendengar yang boleh mengikat masyarakat di bawah etika dan peraturan yang sepatutnya diamalkan semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  • Contoh kontrak perbualan yang menimbangkan aspek kesantunan:

  1. Prinsip Rukun Negara
  2. Pendidikan Moral
  3. Pendidikan Agama
  4. Warisan Kekeluargaan


Kontrak Perbualan Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia 

      **Prinsip Rukun Negara
  • Dalam Rukun Negara Malaysia, salah satu prinsip yang perlu dipegang oleh seluruh rakyat adalah: KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
  • Semua rakyat Malaysia diikat oleh prinsip Rukun Negara dan kita akan mempraktikkan prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dari segi pertuturan .
  • Kesopanan: Mengamalkan cara bertutur yang bersopan santun serta lemah lembut. Rakyat Malaysia sepatutnya bersopan santun serta bertutur dengan lemah lembut dan halus apabila menjalankan perbualan dengan orang lain.
  • Kesusilaan: Kebaikan yang dilakukan oleh individu seperti jujur, ikhlas, merendah diri serta tidak menyombongkan diri. Rakyat haruslah bercakap dengan jujur dan ikhlas serta bercakap dengan merendah diri.
      **Pendidikan Moral

  • Pendidikan moral yang diajar di semua peringkat sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah mendidik anak murid kita supaya menjadi insan yang bersantun semasa menjalankan perbualan. Kita akan mengamalkan nilai-nilai moral yang dipelajari semasa bertutur dengan orang lain. Contohnya, nilai-nilai moral seperti hemah tinggi, toleransi dan hidup bersama secara aman.

  • Nilai Murni:Hemah Tinggi
  1. Definisi:Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
  2. Contoh: Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai hemah tinggi semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  3. Beradab Sopan:                                                     **Menegur sapa dengan orang lain secara sopan.           **Mengucapkan terima kasih apabila menerima bantuan daripada orang lain.
  4. Berbudi Pekerti Mulia:                                          **Bertutur dengan lemah lembut dan suara yang halus.  **Merendah diri dan tidak sombong apabila                         berkomunikasi dengan orang lain.
  • Nilai Murni:Hidup Bersama Secara Aman
  1. Definisi:Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
  2. Contoh: Bagi mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik, masyarakat Malaysia juga mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Kita bergaul secara bersopan santun antara satu sama lain supaya kita tidak menimbulkan konflik semasa bergaul dan secara tidak langsungnya kita dapat hidup berbaik-baik secara aman damai.
  • Nilai Murni:Toleransi
  1. Definisi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
  2. Contoh: Nilai toleransi juga diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum semasa bergaul antara satu sama lain. Sifat bertolak ansur, sabar dan mengawal diri yang diamalkan dalam pergaulan seharian dapat mengelakkan kita daripada marah serta mengeluarkan perkataan kesat apabila bercakap dengan orang yang tidak bermunasabah.
      **Pendidikan Agama
  • Agama Islam:

  1. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis: “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
  2. Penganut agama Islam sentiasa berpegang kepada ajaran agama yang meminta umat Islam untuk bertutur dengan baik iaitu secara sopan santun supaya dapat diberkati oleh Tuhan.

  • Agama Buddha:
  1. Ajaran agama Buddha juga mengajar penganutnya supaya bersantun semasa menjalankan pergaulan seharian.
  2. “Mempunyai pemikiran yang baik, bercakap dengan baik, melakukan perkara yang baik.”
  3. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan asas yang perlu dipegang kepada penganut agama Buddha. Oleh yang demikian, penganut akan sentiasa memegang pinsip “bercakap dengan baik” semasa bergaul dengan orang lain. Bersopan santun sentiasa diamalkan oleh penganutnya apabila bertutur dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • Agama Hindu
  1. Bagi masyarakat India,terdapat salah satu prinsip Tiga Kerangka Dasar yang mendidik penganut Agama Hindu supaya mengamalkan sifat kesantunan dalam kehidupan seharian, iaitu susila (Etika).
  2. Susila (Etika): Berbudi pekerti mulia apabila berkomunikasi antara satu sama lain untuk mewujudkan hubungan harmoni sesama manusia.
  3. Kaum India akan berpegang kepada prinsip susila dalam Tiga Kerangka Dasar agama Hindu dengan bersifat bersopan santun, lemah lembut, halus, beradab dan berbudi pekerti mulia semasa menjalankan perbualan seharian.
      **Warisan Kekeluargaan
  • Dalam kesantunan berbahasa, setiap kaum mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama yang diwarisi secara turun-temurun.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.





  • Rakyat Malaysia mempunyai  tatasusila  pertuturan yang lebih kurang sama yang diwarisi secara turun-temurun walaupun kaum kita berbeza.
  • Contoh: Kita haruslah bertegur sapa dengan orang lain terutamanya orang yang dikenali serta orang yang lebih tua daripada kita seperti guru dan jiran.
  1. Orang Melayu: Assalamualaikum.
  2. Orang India: Vanakkam.
  3. Orang Cina:Ni Hao Ma?
  • Kita seharusnya mengucapkan terima kasih apabila menerima pertolongan daripada orang lain.
  • Kita perlu lemah lembut dan suara kita perlulah halus apabila bercakap dengan orang lain.
  • Kita perlulah meminta maaf daripada orang lain apabila kita melakukan sesuatu kesalahan.
  • Kita sepatutnya tidak mencelah apabila orang lain sedang bercakap.
  • Kita sepatutnya tidak mengeluarkan perkataan kasar atau kesat semasa bercakap.
  • Kita sepatutnya tidak boleh meninggikan suara apabila bercakap dengan orang lain.
  • Kita perlulah bersenyum apabila bertutur dengan orang lain.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, Rukun Negara, pendidikan moral, pendidikan agama dan warisan kekeluargaan merupakan antara kontrak perbualan masyarakat Malaysia  untuk berkomunikasi. Dengan adanya kontrak perbualan ini, masyarakat Malaysia dapat mengamalkan sifat kesantunan dalam kehidupan seharian. Sebagai hasilnya, konflik dan perselisihan faham antara masyarakat Malaysia dapat dielakkan.

2 comments:

  1. Boleh terangkan tak apa aspek kesantunan ni?

    ReplyDelete
  2. gioco digitale - stillcasino.com - stillcasino.com
    Gioco gioco digitale Digale. 3131 W. River Street Brooklyn, NY 12478 USA. Gioco Digale. 168813 W fun88 soikeotot River St, Brooklyn NY 12478 USA. Gioco Digale.

    ReplyDelete