1. Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri.
Pengertian Budi
- Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002 (m/s180): budi didefinisikan sebagai tingkah laku, perangai, akhlak dan watak yang baik.
- Budi merupakan perbuatan yang baik kepada orang lain yang berada dalam kesusahan dengan hati yang ikhlas dan dengan penuh kerelaan serta berdedikasi.
- Perkataan budi itu membawa pelbagai maksud iaitu jasa dan sumbangan dari segi tenaga atau material yang diberikan kepada individu yang lain dengan tidak mengharapkan balasan.
Pengertian Bahasa
- Bahasa
adalah sistem lambang bunyi atau simbol yang digunakan untuk berkomunikasi
dalam kalangan sesebuah masyarakat.
- Bahasa adalah alat untuk berinteraksi atau alat untuk berkomunikasi, bagi menyampaikan pemikiran, gagasan, konsep atau perasaan seseorang tersebut.
Pengertian Budi Bahasa
- Budi
bahasa merujuk kepada tutur kata dan kelakuan yang bersopan santun serta
berhemah tinggi semasa berinteraksi dengan orang lain supaya tidak
menyinggung perasaan orang lain.
- Sebagai contohnya:
- Menghormati orang yang lebih tua.
- Memberi salam sebagai pembuka kata.
- Membantu orang yang memerlukan pertolongan.
- Mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu kita.
- Meminta maaf apabila bersalah.
2.Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa
lain di Malaysia.
Cina Dan India
- Dalam
masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik
kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam
kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan. Selain
itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan
penuh dengan kerelaan.
- Dalam
masyarakat Cina dan India, bahasa bermaksud alat komunikasi yang digunakan
dalam kehidupan seharian kita untuk menulis, membaca, bertutur dan
sebagainya supaya orang lain memahami apa yang ingin kita
sampaikan. Contohnya, kaum India menggunakan Bahasa Tamil manakala kaum Cina
menggunakan Bahasa Cina.
- Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
3.Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk
di Malaysia?
1.Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara
kita.
- Masyarakat
Malaysia yang berbudi bahasa akan saling menghormati dan
membantu tanpa mengira bangsa, kepercayaan, budaya serta agama.
- Masyarakat
akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira serta
merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
- Perselisihan
faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat
dielakkan.
- Hubungan silaturahim antara masyarakat Malaysia dapat dieratkan dan secara tidak langsungnya perpaduan antara rakyat Malaysia dapat dipupuk.
- Masyarakat
yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur (berbudi bahasa) selain pencapaian
lahiriah.
- Dengan adanya masyarakat yang bertamadun, suasana persekitaran yang aman damai dapat diwujudkan.
- Masyarakat
yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti
memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong
asing.
- Masyarakat
dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam kalangan
pelancong.
- Pelancong
juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa
kedatangan mereka adalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat
tempatan.
- Dengan
cara demikian, pelancong asing akan datang ke Malaysia sekerap mungkin
malah dapat menarik lebih banyak pelancong asing untuk datang ke Malaysia.
- Hal ini boleh meningkatkan nama baik negara.
- Individu
yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam
pertuturan dan perlakuan.
- Mereka
tidak akan menyinggung perasaan orang lain.
- Hal ini menyebabkan mereka dihormati dan disenangi oleh orang lain.
4.Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat
Malaysia?
1.Diri Sendiri
- Sentiasa
mengingatkan diri supaya mengamalkan sifat berbudi bahasa.
- Mengingatkan orang lain yang tidak mengamalkan sifat berbudi bahasa supaya mereka juga menyemai sifat berbudi bahasa dalam diri mereka.
- Memberi
didikan agama serta pendidikan moral yang sempurna kepada anak-anak sejak
kecil lagi bagi menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi dalam diri
mereka.
- Menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak supaya diikuti oleh anak-anak kerana “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
- Menggunakan
bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar untuk menjadi
teladan yang baik kepada anak murid.
- Mengajar
anak murid pendidikan moral serta pendidikan agama yang mempunyai
unsur-unsur amalan berbudi bahasa.
- Memberi peluang kepada para pelajar yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum bagi menggunakan bahasa dengan bersopan santun melalui menjalankan sesuatu aktiviti.
- Memberi
penekanan kepada pendidikan moral dan agama di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah.
- Menganjurkan kempen kesedaran, ceramah ,kem dan forum di mana-mana tempat supaya boleh menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan budi bahasa.
- Menyiarkan
iklan yang berkaitan dengan budi bahasa seperti “Budi Bahasa Budaya Kita”
melalui akhbar, majalah, radio atau televisyen supaya dapat menyemai amalan
budi bahasa dalam diri masyarakat Malaysia.
- Menyiarkan
rancangan televisyen seperti drama yang menunjukkan amalan budi bahasa.
- Mencipta lagu yang berkaitan dengan amalan budi bahasa.
- Memberi
salam antara satu sama lain.
- Saling
menolong dan membantu.
- Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur.
5.Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan
murid sekolah.
- Memberi ilmu pengetahuan sewajarnya kepada para pelajar
- Guru seharusnya memberi ilmu pengetahuan tentang pendidikan moral dan pendidikan agama yang sempurna kepada anak murid.
- Anak murid dapat mempelajari tentang amalan budi bahasa.
- Mereka boleh belajar tentang amalan menghormati orang-orang tua, bertegur sapa dengan orang lain, bertutur dengan bersopan santun dan halus.
- Menjadi contoh dan teladan yang baik
- Para pendidik perlu menyemai amalan ini terlebih dahulu dalam dirinya sebagai acuan para pelajar yang lain untuk diikuti oleh anak murid seperti berpakaian formal semasa mengajar, bertutur dengan bersopan santun dan lemah lembut serta sebagainya.
- Menegur secara berhemah perlakuan anak murid yang kurang sopan
- Tingkah laku kurang sopan para pelajar perlu diperbetulkan melalui teguran yang berhemah.
- Contohnya, guru perlu menggunakan teknik teguran yang betul agar anak murid tidak tersinggung walaupun guru mempunyai autoriti terhadap anak murid.
- Memerhatikan perlakuan dan tatacara seharian para pelajar secara berterusan
- Guru harus menjadi pemerhati yang baik terhadap tatasusila anak murid.
- Anak murid perlu dipantau tingkah laku seharian agar amalan budi bahasa dipraktikkan sentiasa.
- Mengadakan kempen atau ceramah serta aktiviti yang boleh mewujudkan amalan budi bahasa dalam kalangan pelajar
- Kempen-kempen, seminar, kem-kem perlu dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang berbudi bahasa.
- Menyedarkan anak murid tentang kepentingan amalan budi bahasa dalam kehidupan seharian.
- Mengajar anak murid supaya berbudi bahasa
- Memberi peluang kepada para pelajar pelbagai kaum bagi menggunakan bahasa dengan bersopan santun melalui menjalankan sesuatu aktiviti atau permainan.
- Mengajar para pelajar supaya tidak menyinggung perasaan orang lain serta menghormati orang lain.
No comments:
Post a Comment