- Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978 : 1987) mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
- Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam (public self image).
- Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi berkesan.
- Mengutamakan dua jenis air muka iaitu
- air muka positif
- air muka negatif.
- Strategi berinteraksi akan berbaza-beza mengikut jenis air muka pendengar.
- Masyarakat Melayu menganggap amat memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.
- Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteraksi secara lisan.
- Justeru , orang Melayu menggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi.
- Strategi kesantunan yang digunakan :
- Strategi ikhlas
- Strategi merendah diri
- Strategi maaf
- Strategi penyelesaian
- Strategi memberi peluang
- Strategi penghargaan dan pujian
- Strategi berterima kasih
- Strategi kiasan
- Strategi berhemah dan lemah-lembut
- Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
- Strategi kecindan
- Strategi menyapa/ menegur
- Strategi ungkapan Rabani
- Strategi ikhlas
- Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.
- Contoh: Aku harap hang tak marah, aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi tahu ni, tak elok lelaki dan perempuan duduk berdua-dua.
- Strategi merendah diri
- Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.
- Contoh: Aku ni tak pandai sangat, itu sajalah yang aku dapat tolong.
- Strategi maaf
- Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.
- Contoh: Maaf ya! Boleh saya bercakap sikit.
- Strategi penyelesaian
- Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.
- Contoh: Saya rasa untuk menjimatkan masa, Kita setuju sajalah cadangan yang dibuat oleh Pak Mat tadi iaitu kita akan mengutip derma untuk membiayai program ini.
- Strategi memberi peluang
- Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.
- Contoh: Kita dah banyak memberikan cadangan, apa kata kalau kita dengar pula pandangan orang lama dalam kampung ni iaitu Pak Ali untuk memberikan pendapat.
- Strategi penghargaan dan pujian
- Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.
- Contoh: Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Pak Samad kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
- Strategi berterima kasih
- Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.
- Contoh: Aku sangat berterima kasih kepada hang, Ali sebab telah membantu aku tadi.
- Strategi kiasan
- Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.
- Contoh: Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, kamu mesti bersungguh-sungguh supaya berjaya, jangan hangat-hangat tahi ayam.
- Strategi berhemah dan lemah-lembut
- Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.
- Contoh: Oleh sebab Mat telah melakukan kesalahan tu, tak pa lah, benda telah berlaku, nak buat macam mana. Tapi Pak Cik harap Mat insaf dan bertaubat dan tidak akan buat lagi pada masa akan datang.
- Strategi kecindan
- Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira.
- Contoh: Assalamualaikum, saya Ahmad bin Hassan, saudara pula siapa nama?
- Strategi menyapa/menegur
- Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.
- Contoh: Ha! Jangan marah Pak Mat, nanti lekas tua...
- Strategi ungkapan Rabani
- Menggunakan ujaran seperti Bismillah , Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.
- Contoh: Pak Cik! Baca surat khabar ka? Boleh saya sembang sikit?
- Strategi Ungkapan Rabani
- Menggunakan ujaran seperti Bismillah, Alhamdulillah, doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.
- Contoh: Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita berjumpa pada majlis ini.
Monday, August 12, 2013
Kuliah 10 : Strategi Kesantunan Lisan
Strategi Kesantunan Lisan
No comments:
Post a Comment