Monday, August 5, 2013

Kuliah 3: Konsep Kesantunan Dan Pandangan Tokoh

Konsep Kesantunan
(Nota + Nota Tambahan)

Santun
  • Menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
    • Budi Bahasa: Tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang baik, mulia, tertib dan sopan.
    • Budi Pekerti: Tingkah laku, perangai, dan akhlak yang positif. Budi pekerti lazimnya didorong oleh kekuatan rohani iaitu pemikiran manusia. Pemikiran yang positif ini akan membawa tingkah laku yang positif juga.

    Ciri-ciri Orang Berbudi Pekerti
      • Beradab: Mempunyai adab, budi bahasa yang sopan.
      • Sopan: Beradab dan berbudi bahasa (tingkah laku,tutur kata, pakaian dan sebagainya.)
    • Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
      • Halus
      1. Bahasa yang halus adalah bahasa yang lembut untuk menggantikan perkataan yang kasar supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
      2. Contohnya, perkataan mati digantikan dengan meninggal dunia, orang gaji digantikan dengan pembantu rumah.
      • Nilai rasa yang baik
      1. Nilai rasa yang ada pada diri seseorang juga dikenali sebagai harga diri.
      2. Harga diri bermaksud keupayaan dan keyakinan diri seseorang agar mampu menjaga dan memulia maruah diri dalam kehidupan seharian.
      3. Seseorang yang mempunyai nilai rasa yang baik lazimnya pandai menjaga maruah diri.
      4. Mereka akan sentiasa bersopan santun dan melakukan perbuatan yang baik supaya memelihara maruah diri.
      • Penuh Kesopanan
      1. Bertutur dengan menggunakan cara yang bersopan serta menyenangkan orang lain supaya tidak menimbulkan sebarang perselisihan faham atau pertelingkahan antara penutur dengan pendengar.
      2. Dengan cara ini, suasana yang harmoni dan aman damai boleh diperoleh.
      • Berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.



    Kesantunan
    • Menurut Kamus Dewan (1984): Kesantunan bermaksud perihal (sifat, tingkah laku, pertuturan dan sebagainya) santun, kesopanan serta kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
    • Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
      Dr. Awang Sariyan 
    • Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat bermasyarakat.



    Budi Bahasa Budaya Kita

    Ibu bapa dan kaum keluarga
    Saudara terdekat jiran tetangga
    Sayang menyayangi bertegur sapa
    Ketelusan ikatan sepanjang usia

    Para guru rakan sekolah
    Turut warnai kehidupan kita
    Ilmu ditimba pengalaman bertambah
    Pergaulan sihat peribadi ceria

    Bangsa Malaysia berhemah tinggi
    Ramah dan mesra elok pekerti
    Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
    Bertimbang rasa hormat menghormati

    Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
    Mencurah bakti tak minta dibalas
    Harapan rakyat satu amanah
    Budi bahasa budaya kita
    • Tingkah laku penuh dengan sifat kesantunan yang ditunjukkan dalam lirik lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" merupakan antara beberapa aturan perilaku yang ditetapkan bersama oleh masyarakat Malaysia. Tingkah laku yang bersantun ini haruslah diikuti oleh masyarakat Malaysia.
    • Antara tingkah laku yang bersantun yang terdapat dalam lirik lagu:
      • Sayang-menyayangi antara satu sama lain.
      • Bertegur Sapa dengan orang lain.
      • Menjalankan pergaulan yang sihat.
      • Mempunyai peribadi yang ceria terutamanya apabila bergaul dengan orang lain.
      • Berhemah tinggi dalam kehidupan seharian.
      • Bersifat ramah mesra semasa bergaul dengan orang lain.
      • Mempunyai pekerti yang elok.
      • Sentiasa bersedia memberi bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan.
      • Bertimbang rasa dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
      • Bersifat jujur serta ikhlas dalam segala perkara serta tidak mengharapkan balasan daripada orang yang pernah dibantu.
    • Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan seharian:
      • Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etika dalam pergaulan sehari-hari.
        • Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etika pada dirinya.
      • Kesantunan sangat konstektual. Ia berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain.
        • Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan dengan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali.
        • Penggunaan kata ganti “aku” dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam pergaulan masyarakat Melayu.
      • Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dengan orang tua, antara orang yang masih muda dengan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dengan tetamu, antara lelaki dengan wanita, antara murid dengan guru, dan sebagainya.
        • Antara ibu bapa dengan anak
        1. Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa secara sopan santun dengan ibu bapa.
        2. Namun, perkara ini tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, dan kadang-kala komunikasi ini dijalankan dalam bentuk bahasa kasar.
        • Antara anak dengan orang yang lebih tua
        1. Anak seharusnya menggelar orang yang lebih tua dengan menggunakan gelaran yang betul seperti Mak Cik, Pak Cik, Abang, Kakak, Nenek, Tok dan sebagainya. 
        2. Mereka tidak boleh menggelar orang yang lebih tua dengan hanya menggunakan nama orang tersebut sahaja. Perbuatan ini akan dianggap tidak bersopan.
        • Antara tuan rumah dengan tetamu.
        1. Tuan rumah haruslah melayan tetamu yang datang ke rumahnya tidak kira betapa sibuk tuan rumah itu.
        2. Tuan rumah juga sepatutnya menghidangkan juadah atau buah-buahan atau sekurang-kurangnya air kepada tetamu. Perbuatan ini adalah untuk menghormati tetamu yang datang.
        • Antara lelaki dan wanita
        1. Lelaki dan wanita haruslah tahu bahawa pergaulan antara mereka mempunyai batasan yang tidak boleh dilanggari. Contohnya, jangan bersentuh-sentuhan, jangan berpegang tangan dan jangan terlalu rapat.
        • Antara murid dengan guru
        1. Murid haruslah menghormati guru mereka dengan menggelar guru mereka sebagai Cikgu. Selain itu, murid perlu bertutur dengan halus, sopan dan lemah lembut semasa bertutur dengan guru.
    • Kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
      • Cara Berpakaian
      1. Kita haruslah memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan situasi. Contohnya, kita memakai pakaian formal apabila menghadiri sesi temu duga. Kita memakai pakaian yang berwarna hitam dan putih sahaja apabila kita menghadiri upacara kematian kaum Cina.
      2. Kita tidak boleh memakai pakaian dengan sesuka hati supaya menghormati orang lain. Contohnya, kita tidak boleh berpakaian biasa seperti yang kita pakai di rumah untuk menghadiri upacara perkahwinan. Perbuatan ini akan dianggap tidak sopan dan tidak berbudi bahasa.
      • Cara Bekerja
      1. Kita perlulah melakukan kerja dengan mengikut etika dan peraturan kerja supaya tidak melanggari arahan daripada orang atasan serta menghormati orang atasan.
      2. Selain itu, kita haruslah bekerja dengan bersungguh-sungguh serta sempurna supaya kita dapat menghasilkan hasil kerja yang terbaik kepada orang atasan kita. 
      • Cara Bertutur
      1. Bertutur dengan lemah lembut, sopan santun, halus merupakan cara bertutur yang terbaik dan penuh dengan kesantunan.
      • Cara Makan
      1. Kita seharusnya makan dengan mengikut etika di meja makan yang tepat dan betul.
      2. Kita seharusnya tidak makan dengan gelojoh dan tidak makan dengan terlalu cepat. Sebaliknya, kita haruslah makan dengan sopan dan lambat.
      3. Kita seharusnya menunggu semua orang sampai sebelum mula makan untuk menghormati orang lain.
      • Cara Belajar
      1. Kita perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh, aktif, tekun dan rajin dalam segala perkara yang perlu dipelajari.
      2. Selain itu, kita haruslah mengikut arahan orang yang mengajar kita dengan sempurna dan baik apabila kita sedang belajar.
      • Cara Berpolitik dan lain-lain
    Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia:
    i. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
    • Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar.
      1. Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
      2. Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
      3. Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

    • Asmah Haji Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
      1. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
      2. Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti:
      • Kesedaran akan peranan masing-masing,
      • Pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial,
      • Kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

    • Asmah Haji Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:

    1. Kesantunan Asas
    2. Kesantunan Berkala

    • Kesantunan Asas
      • Kesantunan Asas merupakan kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
      • Dengan cara menunjukkan adanya sikap  berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
      • Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada  asas kesopanan  yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
    • Kesantunan Berkala
      • Kesantunan berkala merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain mengikut keadaan, situasi dan tempat tertentu.
      • Antaranya:
        1. Taraf dan peranan orang yang bercakap,
        2. Di mana dan dalam keadaan yang bagaimana,
        3. Apa yang dipercakapkan,
        4. Mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
      • Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-lain.
      • Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.
    Prof. Asmah Hj Omar
    ii. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
    1. Bahasa mesti halus.
    2. Beradab sopan.
    3. Perlakuan lemah-lembut.
    4. Berbudi pekerti.
    • Leech juga menyatakan bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.
    • Kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

    iii. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
    • Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.
    • Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.
    • Biasanya mengamalkan budaya yang sama.
    • Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
    iv. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:
    • "Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam."
    • "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara."
    • "Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji."
    • "Tanda-tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat."
    • "Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."
    • "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik."
    v.  Menurut Hamka:
    • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
    • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
    • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.
      Hamka
    vi.  Menurut Aristotle
    • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
    • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
      Aristotle
    vii. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
    Khalifah Abdul Malik Marwan

    viii. Menurut Confucian, kesantunan merupakan konsep yang digunakan. Dalam konsep ini, terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia:
    • Ketaatan kepada ibu bapa
    • Kasih sayang
    • Menghormati orang lain
    • Patuh
    • Sopan santun
    • Melakukan kebajikan
    • Melayan orang lain dengan baik
    • Benar dan sebagainya
      Pengasas Confucian ialah Confucius.
    ix. Brown dan Levinson (1987:62) menyatakan kesantunan merupakan usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
    • Bagi mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat.
    • Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar.
    x. Watts et. al (1992:43) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah laku yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal manusia.
    xi. Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi renggang.

    36 comments:

    1. izinkan saya amik sebagai rujukan ya.. tq

      ReplyDelete
    2. izinkan saya ambil maklumat ni sebagai rujukan KK sy. tq :)

      ReplyDelete
    3. minx izin untuk dijadikan rujukan ya..

      ReplyDelete
    4. Izinkan saya untuk mengambil maklumat diatas sebagai rujukan. thankyou

      ReplyDelete
    5. Minta izin untuk dijadikan rujukan ya.. terima kasih

      ReplyDelete
    6. saya meminta izin untuk menjadikannya sebagai bahan rujukan kk saya

      ReplyDelete
    7. izinkan saya ambil sebagai rujukan ye...terima kasih

      ReplyDelete
    8. izinkan saya ambil sebagai rujukan ye....terima kaih sangat-sangat

      ReplyDelete
    9. Izinkan saya ambil sebagai bahan rujukan.tqvm

      ReplyDelete
    10. Izinkan saya ambil bagi membuat rujukan. Terima Kasih

      ReplyDelete
    11. izinkan saya ambil sebagai rujukan. terima kasih

      ReplyDelete
    12. saya meminta izin menggunakan maklumat ini,terima kasih

      ReplyDelete
    13. Izinkan sy mwngambil maklumat dia ats sbgai rujukan ye

      ReplyDelete
    14. izinkan saya mengambil maklumat di ats sebagai bahan rujukan ya, saya amat menghargainya.terima kasih

      ReplyDelete
    15. I'd like to ask for permission to make this blog as a reference. Thank you for such a great contribution to the readers.

      ReplyDelete
    16. mintak halal, utk saya buat assigment. tq

      ReplyDelete
    17. izinkan saya untuk membuat rujukan

      ReplyDelete
    18. izin saya untuk dijadikan sebagai rujukan

      ReplyDelete
    19. izinkan saya ambil sebagai rujukan ya

      ReplyDelete
    20. izinkan saya mengambil maklumat ini.terima kasih banyak

      ReplyDelete
    21. izinkan saya mengambil maklumat untuk dijadikan rujukan ye terima kasih

      ReplyDelete
    22. izinkan sy mengambil maklumat ni sbg rujukan terima kasih #kitajagakita

      ReplyDelete
    23. izinkan saya ambil sebagai rujukan ikhlas daripada siswa guru bazzi . hehehe

      ReplyDelete
    24. izinkan saya membuat rujukan yaa, terima kasih. Isinya padat dan saya tertarik unttuk membaca sebagai rujukan.Terima kasih.

      ReplyDelete
    25. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    26. izinkan saya mengambil sumber ini sebagai rujukan yaa..terima kasih

      ReplyDelete